BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 8, 2009

** 01 / 01 / 2009**

sambungan...

pagi 1.1.09 aku bangun awal pagi n bersiap2 untuk melapor diri sebagai Guru Sandaran Terlatih di Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama pada pukul 9 pagi. Sebelum pergi sempat la aku bersarapan nasi lemak yang disediakan oleh k.ini (isteri abg rahim) sampai di Sek aku terus berbaris dan tepi dewan utama sek tersebut dan pada ketika itu aku sudah kelihatan k.long akma dan norashikin di dalam dewan. Pada mulanya aku duduk disebelah K.long tapi bile k.ina call dan minta aku kuar untuk bertemunya so aku pun pergi mendapatkannya dan tanpa disangka mak dah pun berkenalan dengan GB sekolah aku Pn.Normah... so masalah aku tidak mempunyai penempatan tlh diketahui dan akan diusahakan oleh pihak sekolah...lega sedikit hatiku.. so kami masuk semula untuk mendengar taklimat

Itu adalah antara Pegawai PPD johor bharu..so selepas Tuan PPD berucap maka tibe la masanya majlis penyerahan guru baru kepada Gb sekolah masing2 n pada ketika itu SK Kampung Pasir menerima 4 orang guru baru termasuk aku.. Rajkumar, Taufik, Hazlina dan aku..ekekke.. Taufik dan K.Lina dah berkahwin. Raj org Muor, Taufik org Kelate tapi bini dia student utm manakala k.Lina plak mmg org Jb. so nampaknya aku jer la yg solo n jauh.huhuh.. Selesai diserahkan aku kembali bertemu mak dan abg2 aku untuk ke SK Kg Pasir lak.. masuk n dok kejap di dalam bilik GB aku diarah untuk ke rumah sewa yang telah dicari oleh guru2 sek too.. so aku terima seadanya oleh kerana terdesak..

Rumahnya Ok.. selesa tetapi kosong...oleh kerana aku telah diberi pelepasan oleh GB untuk tidak kembali ke sek semula pada hari itu jadi aku sempat la kuar p Angsana dan Giant Tampoi untuk membeli sedikit barang keperluan...dah settle semua dalam pukul 4 petang mak n abg2 aku perlu berangkat pulang semula ke rumah.. tahula ketika itu aku berusaha mengawal perasaan supaya tidak menangis untuk menghantar kepulangan mereka...bile aku masuk mula ke salam rumah yang kosong dan sepi..akhirnyaaaaaaaaa....mengalir jua air mata yang selama ini aku tahan......maka bermula kehidupan aku sendiri di bumi Johor Bharu....

1 comments:

Anonymous said...

kita memang kena belajr sepi n sunyi zura. walaupun ia pahit. tp ingatlah. itu terbaik untuk kita....