BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 3, 2009

Abangku Tunangan Orang..

Salam..
Lupa plak nak info kat sini bahawasanye abg saya
NOOR AZLAN BIN AMAT PALA @ MUHAMMAD

dengan NOR BAIZURA BT MUDIN
(sowi picnya xsempat dicopy ler)

Mereka selamat dirisik dan ditunangkan pada 26hb January 2009 di kediaman pihak pempuan di Felda Jengka 6... Dengan pihak kami menghantar 5 dulang dan dibalas 7 oleh pihak pempuan. Mengikut perbincangan ikatan pertunangan dalam tempoh 1 tahun.. Aper pun

p/s= Harungi tempoh pertunangan ini dengan sabar cos org kate saat nie la cabaran dan dugaan datang bertimpa2..betul ke? mana saya tau..belum penah lalui lgi..eheheh




# tIaDa tAjUk #

aSsaLamuaLaikuM..w.b.t
Pergh..rasanya sudah agak lelama saya tidak mengupdate blog ini kerana ketandusan idea + kemalasan dan mood yang menghilang terhadap blog ini secara tibe2.. salah siapa? tiada siapa yang bersalah k. entah ler.. nape yerk 03/02/2009 tetibe la plak datang keinginan untuk entry tapi tak bertajuk lak too.. hahahah aper kes wahai Cikgu Azura oooo....

Tidak Bertajuk tidak bermakna tiada isi kan? pergh..pandai la menjawab yerr.. sebenarnya tak bertajuk sebab tak tahu nak membebel aper kat sini sebab bru jer balik dri school kan dan arie nie saya dah membebel berbakul2 dalam kelas 4 cekal tadi. Paham-paham je la setelah naik cuti nie bertambah-tambah lemak dalam badan anak murid saya.. ader yang sampai JIN PAKAI TONCENG.. setelah seminggu merehatkan diri dari menjadi Tarzan akhirnya.. hari ini saya kembali kepada kerja baru menjerit2 dalam kelas minta simpati anak murid agar memberi perhatian.. itu pun kejap jer la.. tapi ape pun time kasih pada yang masih menghargai kewujudakan saya dalam kelas itu...

Dalam cuba menjujur dan mengikhlaskan diri, sempat jugak saya menerima kehadiran beberapa murid yang dirujuk atas beberapa kesalahan.. pening jugak memikirkan masalah budak2 zaman sekarang tapi aper leh buat

"mereka perlu di ajar mengikut zamannya bukan zaman kita"

Setelah pelbagai teori dan psikology digunakan..akhirnya tertumpah jua air mata keinsafan.. diharap itu bukan lakonan terbaik darimu..ekekek...setelah berbakul2 motivasi + membebel + ceramah agama akhirnya lembut jua hati yang keras itu... "pastikan ia kekal sehingga tamat UPSR yerk"

Huhu..memandangkan badan dan otak saya sudah penat,nampaknya kena stop dulu..dengan tekak yang perit ini..izinkan saya merehatkan diri kerana esok saya kena berhadapan dengan 2 lagi kelas yang mana terdapat hero2 yang sukar dimengertikan....heheheh...

wassalam...