BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 7, 2009

Kini Ku Kembali..

Setelah beberapa hari aku mengambil masa untuk menstabilkan emosi untuk menghadapi kenyataan hidup bersendirian dibumi asing ini tanpa keluarga, tanpa kawan2 disisi dan tanpa dia yang kini terus menyepi diri.. kini aku kembali semula menulis luahan hati yang tidak mampu bersuara.... dari mana yerk nak bermula.. aku pun dah blur.. rasanya ader elok aku mulakan dari waktu aku mulakan perjalanan ke negeri Johor Darul Takzim...

Pagi 31hb Disember 2008, dalam pukul 10 pagi aku telah bersiap sedia untuk bertolak ke johor menaiki kete abg chik aku bersama abg ngah, mak dan cikgu kaunseling sk.bukit sekilau..pergh meriah rupanya tapi adakah hati aku juga meriah seperti mereka? Hanya Allah yang tahu betapa sepanjang perjalanan hatiku menangis dan meraung..menatap hiba membiarkan badan dibawa oleh kereta ke dunia yang baru bagi aku..(macam jauh jer pdhal 4jam jer) kekeke..tpi aku tetap rasa jauh dlm perjalanan aku berusaha gigih untuk melelapkan mataku semata-mata tidak mahu melayan rasa sebak dijiwa tapi lenaku hanya seketika bile abg angah berhenti untuk mkn tghari..ehehhe. . makan punya pasal mesti sedor punyee...


Dah siap makan di R n R kat area muazam shah kami teruskan perjalanan ker johor bharu. erm..naik jer kete aduh terpaksa aku melawan perassan nie lagi..rasanya begitu ringan mulutku ingin meminta abg angah berpatah balik tapi apa dayaku.. sekali melangkah teruskan hingga akhirnya..aku pasrah... dan dalam kul 4 petang aku tibe di johor bharu dan berurusan dengan Abg Rahim..plan memang tumpang bermalam dirumahnya malam ini.. peta punya peta akhirnya tiba di Taman Pulai Perdana... Itu pun setelah sekian kalinya terlepas U-turn sehingga dapat lalu dihadapan sek yang bakal aku menagajar SK Kampung Pasir.....masa pandang sek itu, pandanganku sepi..macam menjara jer ader tembok yg tinggi dan tak nampak apa ader disebaliknya..masa too rasa nak balik semakin kuat...waaawaaaa...

Setelah berehat dan makan2 di rumah abg Rahim abg aku menyuarakan hasrat untuk ke Danga Bay dan al-Ikhlas so dalam kul 5 ptg kami bertolak tapi destinasi pertama adalah ke Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama diman tempat yang perlu aku lapor diri pada keesokkan hari.. kemudian abg rahim tunjuk arah utk ke sek kg pasir semula... dan barulah kami ke Danga bay dan di bawah adalah apa yang aku snap


see mata mak aku bengkak..so paham la dia pun sedih cos aku kena dok jauh darinya... apa leh buat..kan dah rezeki aku bermula di sini..huhu...ikhlas ke kate2ku ini... so sampai ke maghrib kami still kat sini sebab sepupu aku yg dok kat Senai nak dtg jumpa kami so pas to bru bertolak ke kedai Al-ikhlas dan bru abg rahin bawak kami ke tempat makan dan balik umah.sampai kat umah aku dah xpeduli orang lain dah cuma nak layan perasaan aku sendiri jer.. pas mandi aku gosok baju nak ready semua peralatan yang nak aku bawa keesokkannya dan terus tido..susah nak tdo..satu sebab beralih tempat dan satu lgi sbb ada unfinish bussn dalam diriku..ape pun sambung next day k...