BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 31, 2008

MISS u so much...


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Wednesday, October 29, 2008

Slippp exammmm!!!

pagi nie semua ttteeeerrrrbangun awal cos ari nie dah plan dengan k.ma p cari sarapan pagi nie... dalam perjalanan sibuk la mengusha kat umah abe bujang gen2 putih tooo... sekali tengok...aduhhh.."k.ma, tunang u lagi ensem la." hehhehee ok la..sampai kat warung depan too alamak... semua pelanggan adalah lelaki...aduh... aper lagi terpaksa la control ayu dan jelita dengan muka tak mandi n suar tido lgi...heheh..xpe2.. buat xpaham jer n buat mcm orang luar.. diperhatikan dari atas ke bawah xpayah cerita la.... nasib baik takde mamat ensem kalu x gagal dah penilaian personaliti..hehehe.. ok la..dah membeli kami pun blah..sampai dirumah makan n masa untuk sambung tdo.k.wani, kema dan k.nini p maktab ader kelas...berdua dengan k.ma dalam suasana yang sangat traputik maka kami pun berjemaah menyambung tido...perghh..sedar-sedar kul 11.00 pagi...sedang elok la too. siap2 p maktab ada taklimat peperiksaan.. ade plaka pensyarah too membebel panjang..jenuh tadah telinga mendengarnya..dah dpt slip exam...wah 3 paper.....1 paper 3 jam...aduuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhh..sakit perut..aper nk jawab 3 jam..bosan2.. dah too kena tgu lgi miss Foo nk bg ujian Gerko Olahraga..memang giler.xdibuat orang tibe2 buat ujian n jawab ramai2 dalam dewan Wawasan.. dah tak berapa nak betul agaknya..so aku amek peluang nie kepada sesiapa yang dapat masuk ke ipkb selepas ini pikir la 200x... bukan aper..pengurusan out... xlayak jadi institut...sangat memalukan... ok la dah jawab sambil meniru dan berbincang..p makan kat nasi ulam dengan housemate..kenyang..kat situ majoriti budak2 kpli n leh pulak terserampak dengan En.zambri, En. Din, Ustaz Azizi..aduh..malu amek makanan banyak lalu depan mereka...control2...dah balik umah sambung pulak makan buah..pencuci mulut...hahhaha..sambil too baru dapat tahu bahawa akan diadakan kursus gigi dan pengurusan jenazah masa cuti semingguu..arghhh..tensionnye...sepatutnya kursus too dah lama diadakan tapi oleh sebab ipkb leh plak curi masa cuti aku..benggong..nie yang rasanya aku nak sumpah seranah pengurusan ipkb... sabar2.... kalu dimaklumkan lebih awal xpe la.Ini bile dah beli tiket baru nak kuar memo..nak buat macam mana..nasib malang aku memang di kelate..ekekeke..xpe la.. so rite now..tibe2 jer ngantok so tido dulu yek..wsalam...

Tuesday, October 28, 2008

Kembali bersama housemate...

perghh..meriah-meriah dengan gelak ketawa semula. Walaupun pada hakikatnya tengah melayan jiwa untuk menghadapi exam yang tinggal kurang dari 5 hari lagi..



wit kema yang baru sahaja siap make up. (nak kuar dgn sape 2?heheh)






k.wani n me masih mampu tersenyum walaupun perut kami sudah pun menyanyi lagu Ghazal untuk Azura..ehehhehe.. sabar2.. jap lgi ikan siakap stim kite sampai....yumyummm..




hahhaa..ini dia k.nini yang juga selalu dianggap paling muda but only we know who akak comel nie..xpe akak, akak masak mee hailam mlm nie rahsia tutup yeee..ekekkekeke..



de last one.. k.ma.. seorang yang sangat rajin memasak.. antara mangsa dera kami untuk menyediakan hidangan enak-enak dari kelate...ape pun awas..... dia hatinya sudah dimiliki....


p/s---> nape byk sangat gambar kema nie...eheheheheh..sowi grab pic dri ur page....halal yerrr..

ape yerk nak cakap..tq be my frenz from de first day at ipkb till now.. really love u all... hope persahabatan kite leh kekal sampai bile2.. pesanan ikhlas untuk k.ma, kema dan k.wani kawin jangan lupa jemput........huhuhuhuh.... n gud luck 4 coming final exam dan hope dpt tempat posting yang diharapkan... chokkkkk!!!!

Monday, October 27, 2008

Sedih tapi gembira...


Hari ini 27hb 10 2008..maknanya aku kena kembali semula ke negeri Kelate. aku akan naik bas kul 10.30 mlm nie..aduh..korang tau tak, aku paling xsuka nak ke sana.. nak kate negeri too teruk sangat idok ler..tapi bile berada di sana aku cukup tak selesa sebab aku kena bergantung kepada orang lain...yang selalu jadi mangsa adik dan k.ma.. yer ar..umah yang aku sewa too jauh la jugak dari maktab so nak tak nak kenala menebalkan muka menumpang kete mereka.. aku tahu mereka ikhlas membantu aku, k.wani dan k.nini bab-bab menumpang niee tapi bile pk-pk balik sian kat diorang banyak yang terpaksa mereka berdua korbankan contohnya adk selalu nak p dating tertangguh sebab nak pastikan kami-kami nie dpt p dan pulang ke rumah dengan selamatnya.. macam aku kalu mereka xde terpaksa plak menumpang dengan abe jan...sian ko jan dapat kawan macam aku..nanti last day aku belanja ko kat "satey malaysia" malu rasanya nak terus begini sampai 6hb... hope sangat-sangat agar aku dapat masuk asrama masa kursus induksi nanti..wahai tuan haji norizan tolong la prihatin kepada pelajar-pelajarmu ini... huhu dari pagi lagi nie aku kena pujuk hati untuk kembali ke kelate nie... dalam aku tak tenteram sebab kehilangan my hubby tadi sempat jua aku siapkan transkrip untuk sesi kaunseling individu dan kelompok yang Tuan Haji Zarawi mintak...itu la kegembiraan aku sebenarnya.tugasan yang perlu aku hantar sebelum peperiksaan telah 99% siap tinggal balik umah sewa print dan hantar sahaja... lepas nie aku cuma perlu tumpukan perhatian kepada exam..exam..dan exammm..... itulah perasaan aku sekarang sedih dan gembira... yang mana satu dominan? aku sendiri pun xtahu..so lu pikir la sendirii....

Bila lupa pada janji!!!!

Semalam aku bagai kucing kehilangan anak gara-gara dia yang tak dapat dihubungi.. last cal dia atas motor dan last sms dia kata nak p kem ada hal.. pastu terus menyepi... cal aku tak diangkat dan sms tak dibalas..mana agaknya dia pergi.. otak aku mulala fikir yang bukan-bukan.. excident ke dia? p jumpe pempuan lain ke? aduhhh..deritanya berfikiran begitu, jangan salahkan aku kalau aku boleh berfikiran begitu. belajar dari pengalaman lepas... kesilapan dulu tidak sepatutnya berulang. tido aku merate jer kejap atas katil kejap kat hall rumah. kejap atas sofa..betul-betul tak tenteram selagi dia tak jawab cal.dalam hati punya la nak marah tpi bile ingat balik sayang kat dia risau pun ader..maklumla..aku xde no lain yang boleh dihubungi kalau ada apa-apa berlaku pada dia. Dalam huru-hara dalam hati, 5.30 pagi aku tertido jugak.pastu kul 8 pgi aku start semula menjejak dia..still gagal dihubungi sampai lah pukul 2 ptg.. baru dia jawab call aduh..syukur dia masih hidup..Dah dapat dengar suara mula la mood marah too membuak2..dah sedosen aku sms berapi-api leh plak dia buat xbersalah jer... sabar jer la.. sayang punya pasal tahan ati jer la aku... pada "dia" jangan buat macam nie lagi tau... boleh mati sakit jantung dibuatnya... apa pun..saya sayang diaa..muuaaahhhh....

Bile teringat.....




Erm.. bangun pagi nie, aku teringat sesuatu. nak tau aper? teringat kat skuad bola keranjang kpli/08..arhhhh..tertibe rindu nak berlari sambil bum bola nak jaringkan goallllll...perghhh...r
indu betul beb, xtahu nak luahkan macam mana. Walaupun aku nie bukannya pandai sangat nak main tapi bile dah dididik oleh dua lect yang ensem iaitu En. Wan Zambri dan Dr. ting aku rasa macam dah pro sangat la..ekekek..(sowi, terpuji diri sendiri pulak) Yang buat ia lagi best bile skuad terdiri dari budak-budak second intake yang kepala giler2..susah nak cari macam korang nie kat tempat lain... paling xleh lupe bile ada pertandingan sesama sendir.. huru hara jadinya..maklum la masa itu la nak membuktikan kehandalan..yang kecik kemetot sememangnya mudah ditewaskan.. yang tinggi lampai...(andalah pembuli jalanan) ekekkeek...namun begitu group aku dapat tempat kedua.ok la dri xde no langsung..tapi masa too bukan hadiah dan gelaran yang kami cari tetapi keseronokan bermain.. gelaran atlet keningau tetap milik k.wani..hehehehehe... cuma yang aku bangga sebab leh jaringkan 3 goal berturut-turut..hebat gak aku..katik-katik aku berguna juga pada group tau...lompatan dan kekuatan kaki itu penting...hahahhaahah...tiga bulan praktikal terus tinggalkan bola keranjang.. balik semula maktab dah xde peluang nak main.. tpi terubat juga bila En Wan Zambri buat kelas last 23hb lepas diiringi dengan makan-makan sebagai simbolik perpisahan kami..waaawaaa..sedih beb.. kenangan ini xmungkin berulang lagi..nasib baik la ader cd yang jan,k.dip dan pokku amek masa pertandingan leh la tengok-tengok dikala kerinduan nie... oh yaa, masa ari akhir nie sempat gak ambik gambar kenangan dengan skuad walaupun xsemua yang dapat hadir tapi ia tetap meriah..terima kasih pada yang memberi tenaga menyiapkan makanan dan terima kasih kepada En.Wan Zambri yang menyumbang kewangan.eeekekke...jasamu dan kenangan bersama kalian tersemat disanubari....semoga suatu hari nanti kita dapat bertemu lagi dalam arena BOLA KERANJANG.....



Saturday, October 25, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri...


Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua.Walaupun hari raya pada tahun ini tidaklah semeriah hari raya ketika zaman aku muda-muda dulu tapi cukuplah sekadar aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan Syawal yang mulia ini. Hari raya tahun ini aku hanya berkunjung ke rumah saudara mara terdekat dan rumah azimah n aini sahaja..mengapa? cuti tak panjang ler..sedih juga kerana aku perlu pulang semula ke IPKB bagi meneruskan perjuang yang belum selesai.. Duit raya? aku belum mampu untuk hlur lagi..seperti tahun lepas, aku cuma tolong hulur sebagai wakil dari abah..InsyaAllah ada rezeki aku akan sediakan untuk tahun hadapan..Amin....heheheh.

Friday, October 24, 2008

Wellcome.....


Assalamualaikum... Huh.. Setelah sekian lamenya aku menjadi pembaca blog yang setia, akhirnya aku mengambil keputusan untuk mencipta blog peribadiku sendiri.. ape pun tq pada k.wani cos always ajak aku buat blog nie..ekekkeke... walaupun aku bukanya terlalu banyak masa untuk menulis tapi insyaAllah aku akan mencari ruang dan peluang untuk berkongsi cerita suka dan duka yang berlaku di sepanjang perjalanan hidupku ini...bukan untuk riak, berbangga diri atau menagih simpati tapi sekadar mencari sahabat-sahabat yang mungkin dpt membantuku, memberi nasihat dan teguran atau mungkin menjadi tunjuk arah kepada aku ke jalan-jalan yang diredha ALLAH... Untuk yang pertama kali ini aku masih tidak tahu di mana? bagaimana? dan apa? yang ingin aku kongsikan..Jujur dri lubuk hatiku ingin berkongsi rasa kesedihan yang sedang berat aku tanggung ini... Jika selama ini aku mampu bertahan tetapi makin saat berlalu semakin aku menjadi kaku dan layu..mencari dahan untuk berteduh mencari teman yang sudi meminjamkan bahu untuk aku menangis dan mencari sahabat untuk menasihatiku...walau bagaimanapun aku merasakan terlalu awal untuk aku memulakan.. salam blogger pada semua sahabat....Diharap kehadiran aku dapat diterima....