BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 27, 2008

Sedih tapi gembira...


Hari ini 27hb 10 2008..maknanya aku kena kembali semula ke negeri Kelate. aku akan naik bas kul 10.30 mlm nie..aduh..korang tau tak, aku paling xsuka nak ke sana.. nak kate negeri too teruk sangat idok ler..tapi bile berada di sana aku cukup tak selesa sebab aku kena bergantung kepada orang lain...yang selalu jadi mangsa adik dan k.ma.. yer ar..umah yang aku sewa too jauh la jugak dari maktab so nak tak nak kenala menebalkan muka menumpang kete mereka.. aku tahu mereka ikhlas membantu aku, k.wani dan k.nini bab-bab menumpang niee tapi bile pk-pk balik sian kat diorang banyak yang terpaksa mereka berdua korbankan contohnya adk selalu nak p dating tertangguh sebab nak pastikan kami-kami nie dpt p dan pulang ke rumah dengan selamatnya.. macam aku kalu mereka xde terpaksa plak menumpang dengan abe jan...sian ko jan dapat kawan macam aku..nanti last day aku belanja ko kat "satey malaysia" malu rasanya nak terus begini sampai 6hb... hope sangat-sangat agar aku dapat masuk asrama masa kursus induksi nanti..wahai tuan haji norizan tolong la prihatin kepada pelajar-pelajarmu ini... huhu dari pagi lagi nie aku kena pujuk hati untuk kembali ke kelate nie... dalam aku tak tenteram sebab kehilangan my hubby tadi sempat jua aku siapkan transkrip untuk sesi kaunseling individu dan kelompok yang Tuan Haji Zarawi mintak...itu la kegembiraan aku sebenarnya.tugasan yang perlu aku hantar sebelum peperiksaan telah 99% siap tinggal balik umah sewa print dan hantar sahaja... lepas nie aku cuma perlu tumpukan perhatian kepada exam..exam..dan exammm..... itulah perasaan aku sekarang sedih dan gembira... yang mana satu dominan? aku sendiri pun xtahu..so lu pikir la sendirii....

Bila lupa pada janji!!!!

Semalam aku bagai kucing kehilangan anak gara-gara dia yang tak dapat dihubungi.. last cal dia atas motor dan last sms dia kata nak p kem ada hal.. pastu terus menyepi... cal aku tak diangkat dan sms tak dibalas..mana agaknya dia pergi.. otak aku mulala fikir yang bukan-bukan.. excident ke dia? p jumpe pempuan lain ke? aduhhh..deritanya berfikiran begitu, jangan salahkan aku kalau aku boleh berfikiran begitu. belajar dari pengalaman lepas... kesilapan dulu tidak sepatutnya berulang. tido aku merate jer kejap atas katil kejap kat hall rumah. kejap atas sofa..betul-betul tak tenteram selagi dia tak jawab cal.dalam hati punya la nak marah tpi bile ingat balik sayang kat dia risau pun ader..maklumla..aku xde no lain yang boleh dihubungi kalau ada apa-apa berlaku pada dia. Dalam huru-hara dalam hati, 5.30 pagi aku tertido jugak.pastu kul 8 pgi aku start semula menjejak dia..still gagal dihubungi sampai lah pukul 2 ptg.. baru dia jawab call aduh..syukur dia masih hidup..Dah dapat dengar suara mula la mood marah too membuak2..dah sedosen aku sms berapi-api leh plak dia buat xbersalah jer... sabar jer la.. sayang punya pasal tahan ati jer la aku... pada "dia" jangan buat macam nie lagi tau... boleh mati sakit jantung dibuatnya... apa pun..saya sayang diaa..muuaaahhhh....

Bile teringat.....




Erm.. bangun pagi nie, aku teringat sesuatu. nak tau aper? teringat kat skuad bola keranjang kpli/08..arhhhh..tertibe rindu nak berlari sambil bum bola nak jaringkan goallllll...perghhh...r
indu betul beb, xtahu nak luahkan macam mana. Walaupun aku nie bukannya pandai sangat nak main tapi bile dah dididik oleh dua lect yang ensem iaitu En. Wan Zambri dan Dr. ting aku rasa macam dah pro sangat la..ekekek..(sowi, terpuji diri sendiri pulak) Yang buat ia lagi best bile skuad terdiri dari budak-budak second intake yang kepala giler2..susah nak cari macam korang nie kat tempat lain... paling xleh lupe bile ada pertandingan sesama sendir.. huru hara jadinya..maklum la masa itu la nak membuktikan kehandalan..yang kecik kemetot sememangnya mudah ditewaskan.. yang tinggi lampai...(andalah pembuli jalanan) ekekkeek...namun begitu group aku dapat tempat kedua.ok la dri xde no langsung..tapi masa too bukan hadiah dan gelaran yang kami cari tetapi keseronokan bermain.. gelaran atlet keningau tetap milik k.wani..hehehehehe... cuma yang aku bangga sebab leh jaringkan 3 goal berturut-turut..hebat gak aku..katik-katik aku berguna juga pada group tau...lompatan dan kekuatan kaki itu penting...hahahhaahah...tiga bulan praktikal terus tinggalkan bola keranjang.. balik semula maktab dah xde peluang nak main.. tpi terubat juga bila En Wan Zambri buat kelas last 23hb lepas diiringi dengan makan-makan sebagai simbolik perpisahan kami..waaawaaa..sedih beb.. kenangan ini xmungkin berulang lagi..nasib baik la ader cd yang jan,k.dip dan pokku amek masa pertandingan leh la tengok-tengok dikala kerinduan nie... oh yaa, masa ari akhir nie sempat gak ambik gambar kenangan dengan skuad walaupun xsemua yang dapat hadir tapi ia tetap meriah..terima kasih pada yang memberi tenaga menyiapkan makanan dan terima kasih kepada En.Wan Zambri yang menyumbang kewangan.eeekekke...jasamu dan kenangan bersama kalian tersemat disanubari....semoga suatu hari nanti kita dapat bertemu lagi dalam arena BOLA KERANJANG.....