BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 23, 2009

Pesta Layang-Layang ANtarabangsa

assaLamualaikum..

Petang minggu nie, saya pergi ke Kg Kempas untuk menghantar sahabat saya K.ina balik ke rumahnya selepas bermalam dirumah saya.. Seperti biasa my bucuk akan menawarkan diri untuk menghantarnya..sepanjang perjalanan, hujan turun dengan lebatnya setelah beberapa hari tidak hujan di jb nie.. so lepas hantar k.ina my bucuk telah memandu laju kereta kancil kecyangannya ke pasir gudang.. Pelik juga saya pada awalnya tapi apabila ditanya katanya nak bawa saya berjalan2 di pesta layang-layang antarabangsa yang berakhir pada hari ini...Maka saya pun terus menghantar msg pada Rozita untuk memaklumkan kehadiran saya di daerah pasir gudang..ekek.. so sila la tengok aper yang sempat saya snap..



ehehhe..so saya sempat berjumpa dengan Rozita dan kami berjalan2 dan minum di gerai2 yang terdapat di muzium layang-layang pasir gudang.. Sempat juga my bucuk berjumpa dengan kawannya.. sewatu perjalanan pulang, saya terserempak dengan Zulaika( (teman seuniversiti) tapi tidak sempat ambil gambar bersamanya kerana bergegas nak pulang sebab belum solat asar..ekeekk..aper pun tq 4 my bucuk kerana sudi bawak sy p jalan2 dihuj minggu nie...

so sila siapkan diri untuk mula bekerja semua esok..waaawaaaa....



Sunday, February 22, 2009

* Hooreyyy *

Assalamualaikum semua...
Seperti yang belum dimaklumkan sebelum nie, sek saya telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35 apa ari semalam (sabtu = 21hbFebruari 2009) so sudah pasti banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum berlangsungnya hari tersebut.. bertambah2 kerja apabila yang akan merasmikan majlis nie adalah Ahli Perlimen Pulai iaitu Datuk Nur Jazlan b Tan Sri Mohamed maka sambutan yang dilakukan perlu meriah ler... So silalah layann gambor di bawah....



Ok, ini adalah antara yang berlaku di awal pagi iaitu, saya telah berjaya menyiapkan backdrop yang simple tpi menarik itu (yg plh byk keje kak azuaa..ekeke..saya cuma pembantu jer) klu nak kenal Gb saya yang pakai tudung purple too..ekekek.. manakala tiga jelitawan itu merupakan ajk pendaftaran..Awal2 lgi dah sedia menunggu too..ekekek..tahniah yer akak2..


Ok, yang atas too sudah tentu buku program bagi Mesyuarat PIBG nie...dan sedikit suasana yang boleh dilihat sepanjang program ini berlangsung iaitu dari 8.00 pagi hingga 1tgh..hhuhu..sangat lame dan memenatkan.. Selain dari alunan kompang dan diiringi oleh si cilik bunga mangga, ibu bapa dan para tetamu dihiburkan dengan persembahan peragaan dan tarian dari murid tahun 3..menghiburkan... Oh ya, gambar yang ader dua orang too ader la juru acara pada hari ini, k.ina dan k.ida..ekekek setia menanti sehingga akhir acara..

Mesti tertanya-tanya kan macam ner plak ader frame ayat suci Al-Quran too kan..sebenarnya itu adalah hadiah yang saya perolehi dalam cabutan no bertuah...ekek...no pada buku program yang saya dapat adalah 010..Alhamdulillah saya dapat hadiah dari 10 hadiah yang termahal..ekekk....Terima kasih la pada yang telah mensponser hadiah itu..

Ada satu perkara lagi yang berlaku hari ini iaitu saya telah dilantik sebagai AJK PIBG bagi wakil guru..Aduh..walaupun AJK tapi saya dapat rasa beban yang terpaksa ditanggung pada hari2 mendatang untuk menjayakan PIBG nie..apa pun saya akan cuba berkhidmat semampu dan seikhlas hati saya.. Terima kasih ler pada yang mencalonkan nama saya yerk..ekeke...hope saya dapat belajar sesuatu pada tahun pertama berkhidmat sebagai pendidik ini...

Sunday, February 15, 2009

Canon Pixma MP145

assalamualaikum..
Petang nie seperti yang dijanji saya telah telah diambil oleh my bucukk kul 3 lebih untuk ke Angsana.. ader misi yang perlu saya lakukan..tak lain xbukan adalah membeli printer baru.. oleh kerana printer lama saya telah selamat kembali ke tempat pembuangan sampah akibat tidak dapat diperbaiki dan digunakan lagi maka saya terpaksa memejamkam mata mengeluarkan baki duit belanja saya dari Maybank untuk membeli printer baru nie...

canon pixma mp145
Ini la harta terbaru saya.. Oleh kerana saya amat memerlukannya untuk menyiapkan segala tugas saya yang tertangguh terpaksa la saya mengikat perut dan menjadi seorang yang kedekut pada diri saya sendiri sehingga gaji pertama yang bakal saya terima.. So ada 10 hari lagi yang perlu saya hadapi dengan hanya baki duit tidak sampai rm25... Harapan saya agar gaji pertama saya benar2 diterima pada 25 hari bulan ini..Jika tidak saya terpaksa la menebalkan muka meminta diri di taja oleh abah lagi..ekekke..

My bucukk ada menawarkan duitnya untuk saya gunakan buat belanja makan tetapi saya berkeras untuk menolaknya.. Walaupun jika dikira saya betul2 terdesak tapi jauh disudut hati saya bahawa telah terlalu banyak yang telah my bucukk abiskan untuk saya jadi dengan cekal hati saya nekad tidak mahu menerima pertolongannya buat kali ini.. sowi yer bucuk... Ya Allah, tabahkan dan kuatkan semangat hambamu untuk meneruskan hidup ini... AMinnnn....

Saturday, February 14, 2009

# Hadiah Hari Kekasih #



asslamualaikum..
Hari nie saya kena pergi sekolah seperti biasa untuk menggantikan cuti Tahun Baru Cina yang lalu...Agak keberatan dan terseksa jiwa dan raga saya untuk ke sekolah hari ini.. Maklumlah, saya perlu berhadapan dengan murid yang sangat nakal dan 1001 ragam hari ini.. Sampai agak lewat dari biasa.. selalunya 6.55 saya sudah sampai ke sekolah tapi hari ini punch card menunjukkan 7.04 pgi..awal2 pagi tiada apa yang boleh dilakukan selain melakukan aktiviti rutin dan cam biasa sebagai guru bimbingan maka akan ader la kelas yang perlu digantikan..

Awal2 lagi saya dimaklumkan oleh guru disiplin bahawa murid yang nyaris menjadi mangsa penampor sulung saya semalam tidak hadir ke sekolah..Maka saya sangat gembira kerana tidak perlu berhadapan dengannya..so perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran hari ini berjalan lancar..

Seperti yang semua sedia maklum hari nie kan 14 februari 2009.. Hari yang dianggap istimewa oleh mereka yang menyambut hari kekasih.. tapi saya tidak la menyambutnya sebab dah banyak peringatan-peringatan yang telah disampaikan kepada saya sebelum ini tentang hukum dan dalil2 berkenanan hari kekasih nie tetapi masa dalam perjalanan nak p makan malam my bucuk too capai satu bungkusan dari seat belakang kete dan beri pada saya...dari saiz kotak saya dah tahu isi dalamnya...hahaaha...


Nokia 5310 (epress Music)

Sebenarnya saya telah meminta dia membeli hp nie sebelum ini sebab saya telah memberi hp sony kesayangan saya pada my mom so kebetulan dia berbesar hati nak belikan untuk saya tapi saya tak sangka plak yang bucuk saya akan berikan pada malam ini cos sebelum ini dia maklumkan akan belikan setelah gajinya masuk..apa pun tq so much 4 my bucukkk.. Mesti xkenal lagi kan my bucuk nie sape..heheh saya simpan dulu yerk... nanti saya akan bgtau semua sape my bucuk saya niee..bgtau awal2 nanti x suprise la kan..hahah..



Friday, February 13, 2009

BerdosakKah sAyA??

Assalamualaikum...
Ermm..Setelah lebih dari seminggu saya mendiamkan diri, hari ini terdetik hati saya ingin meluahkan rasa yang terpendam.Macam mana nak mula yerk ?



Hari nie saya telah berkasar dengan seorang anak murid saya.Bukan niat saya tapi saya hilang sabar bila segala kata-kata saya tidak diendahkan. Saya tak mintak dia sujud pada saya tapi hormat la saya sebagai gurunya.Hari nie saya cuma mengajar 1 kelas jer tpi masa terakhir. Awal2 lagi saya dah ingatkan supaya murid2 membawa kad manila cos saya akan mengajar mereka membuat "Beg Kertas".

Masuk jer kelas, saya dah panas cos leh diaorg xpedulikan kehadiran saya. Dengan bising yang mengalahkan pasar borong dan keadaan kelas yang macam tongkang pecah.. saya pun menjerit2 kat depan mintak mereka duduk dan diam tapi suara saya gagal mengatasi gabungan mantap suara mereka semua dan saya dibuat seperti radio buruk jer..hanya beberapa orang murid yang duduk dan memerhatikan saya..Yang lain masih leka dengan keseronakan kanak-kanak siap berlari2 lgi.. bayangkan masa saya 10 minit hanya dihabiskan untuk memastikan mereka diam. Selepas 10 minit tercegat dihadapan kelas baru salam diberi dan doa dibaca..Sedih betul hati saya...

Dah habis doa dibaca kelas kembali seperti tadi dan saya tidak mampu mengawalnya... terjerit2 saya meminta diberi perhati tapi apa daya saya suara dah la slow, sama besar jer dengan anak murid memang mudah la dipermainkan.. akhirnya saya cuma mengajar murid2 yang memberi perhatian pada saya.. suasana kelas jangan ditanya pasti orang menyangka bahawa tiada guru dalam kelas ini.. Dengan hati yang sudah panas seorang murid yang sudah terkenal dikalangan rakan2 guru bahawa murid ini sgt nakal dan tidak boleh dibentuk menambah bara api yang sedia panas dalam hati saya, dengan tidak membawa kad manila yang diarahkan dialah master mind yang menghuru-harakan kelas.

Kali pertama saya cuma menegurnya agar kembali ke tempatnya dan sila bantu kawan2 tapi bantuan yang diharapkan tapi gurauan dan usikan melampau yang dilakukan.. saya tegur lagi kali kedua tapi hanya seketika. Sedang saya teruskan pengajaran boleh pulak dia dengan bangga ke papan hitam dan membuat lukisan dan tulisan sedangkan saya berada dalam kelas...saya melarang lagi tapi dengan nada yang tinggi.. Malangnya masih seketika sahaja..dia bukan kembali ke tempat duduknya tetapi menarik tudung murid perempuan dan mengetuk kepala murid2 lelaki yang lain menyebabkan mereka menjerit2.. Saya dengan tidak mampu mengawal perasaan menengkingnya dan menghalaunya keluar tetapi dia dengan muka xbersalah tidak mengikut arahanku sedangkan aku memang dah cukup marah..Murid2 lain turut menyebelahi aku dan memintanya keluar tetapi tidak diendahkan...Saya bersabar lagi dan sehingga saat saya membantu murid menyiapkan lukisan dia datang dengan menggunakan kad manila kawan yang diambil telah memukul kawannya yang berada di sebelah saya dan kad manila itu hanya beberapa inci sahaja di muka saya...

Kali ini saya memang sudah hilang kawalan, kesabaran dan keimanan saya diuji dan berada di tahap yang sukar dikawal dan akhirnya saya menjerut kolar bajunya dan bertanya dengan nada yang sangat2 tinggi sehingga mampu membisukan kelas. Memintanya memilih antara pelempang sulung saya atau penerajang sulung saya. Tapi dengan ego dan muka tidak bersalah dia tidak mengendahkan soalan saya dan tidak memandang ke arah saya.. Tangan kanan saya sudah mengeletar dan sudah berhanyun tetapi rasional pemikiran tiba2 datang menjengah menyejukkan hati dan saya beristifar...TQ ALLAH... Saya lepaskan kolar baju murid itu dan berkata dengan tegas.."selepas hari ini, jangan masuk kelas saya lagi ! saya hanya ingin mengajar pada murid yang niat ke sekolah untuk belajar sahaja!"

Abis masa saya keluar dengan perasan yang sangat kecewa...... Berdosakah saya melakukannya sebegitu..??

Wednesday, February 4, 2009

RInDUuuuuUUUUuuu...

Bile rindu datang menjengah, emosi mula tak tentu hala...ekekek..tertibe dalam diri saya keseorangan di rumah sewa yang sedia sepi ini maka tetibe diziarahi dengan rindu pada anak saudara saya yang sangat nakal + manja + mengada2 = kesayangan semua... aper la agaknye dia tengah buat sekarang.. sudah pasti merenget2 minta perhatian dunia sbb semua org sibuk layan Haiqal jer.. Ini la antara wajah2 nakalnya....

Mak syuuu rindu chaachaaa....


Tuesday, February 3, 2009

Abangku Tunangan Orang..

Salam..
Lupa plak nak info kat sini bahawasanye abg saya
NOOR AZLAN BIN AMAT PALA @ MUHAMMAD

dengan NOR BAIZURA BT MUDIN
(sowi picnya xsempat dicopy ler)

Mereka selamat dirisik dan ditunangkan pada 26hb January 2009 di kediaman pihak pempuan di Felda Jengka 6... Dengan pihak kami menghantar 5 dulang dan dibalas 7 oleh pihak pempuan. Mengikut perbincangan ikatan pertunangan dalam tempoh 1 tahun.. Aper pun

p/s= Harungi tempoh pertunangan ini dengan sabar cos org kate saat nie la cabaran dan dugaan datang bertimpa2..betul ke? mana saya tau..belum penah lalui lgi..eheheh




# tIaDa tAjUk #

aSsaLamuaLaikuM..w.b.t
Pergh..rasanya sudah agak lelama saya tidak mengupdate blog ini kerana ketandusan idea + kemalasan dan mood yang menghilang terhadap blog ini secara tibe2.. salah siapa? tiada siapa yang bersalah k. entah ler.. nape yerk 03/02/2009 tetibe la plak datang keinginan untuk entry tapi tak bertajuk lak too.. hahahah aper kes wahai Cikgu Azura oooo....

Tidak Bertajuk tidak bermakna tiada isi kan? pergh..pandai la menjawab yerr.. sebenarnya tak bertajuk sebab tak tahu nak membebel aper kat sini sebab bru jer balik dri school kan dan arie nie saya dah membebel berbakul2 dalam kelas 4 cekal tadi. Paham-paham je la setelah naik cuti nie bertambah-tambah lemak dalam badan anak murid saya.. ader yang sampai JIN PAKAI TONCENG.. setelah seminggu merehatkan diri dari menjadi Tarzan akhirnya.. hari ini saya kembali kepada kerja baru menjerit2 dalam kelas minta simpati anak murid agar memberi perhatian.. itu pun kejap jer la.. tapi ape pun time kasih pada yang masih menghargai kewujudakan saya dalam kelas itu...

Dalam cuba menjujur dan mengikhlaskan diri, sempat jugak saya menerima kehadiran beberapa murid yang dirujuk atas beberapa kesalahan.. pening jugak memikirkan masalah budak2 zaman sekarang tapi aper leh buat

"mereka perlu di ajar mengikut zamannya bukan zaman kita"

Setelah pelbagai teori dan psikology digunakan..akhirnya tertumpah jua air mata keinsafan.. diharap itu bukan lakonan terbaik darimu..ekekek...setelah berbakul2 motivasi + membebel + ceramah agama akhirnya lembut jua hati yang keras itu... "pastikan ia kekal sehingga tamat UPSR yerk"

Huhu..memandangkan badan dan otak saya sudah penat,nampaknya kena stop dulu..dengan tekak yang perit ini..izinkan saya merehatkan diri kerana esok saya kena berhadapan dengan 2 lagi kelas yang mana terdapat hero2 yang sukar dimengertikan....heheheh...

wassalam...