BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 8, 2009

>> hAri Ini..<<

erm..ari ini dah 8hb Januari 2009 dan jujur..aku belum mampu sesuaikan diri dengan tempat baru..seperti kate abe Jan (bagi masa untuk diri sendiri)..ermmm aku sedang berusaha untuk memberi masa kepada diriku menerima kejutan yang aku sedang alami dan aku percaya bukan hanya aku yang dalam keadaan ini pada saat ini.. pasti beribu lagi rakan-rakan yang seangkatan denganku turut sedang berusaha melawan perasaan dan menyesuaikan diri dengan tempat baru terutama sekali pada kawan2 yang kini berada di Sabah dan Sarawak..harap nasib korang lebih baik lagi.. Hari ini antara hari yang amat memenatkan aku kerana hari ini pertama kali aku menjerit dan memekik dalam kelas 1 Rajin dan 1 Usaha..terasa tahap kesabaran aku diluar kawalan..ekekek.. paling kelakar bile kak citi rokiah leh tegur aku.."warhh, hebat abis ilang keayuaan ari nie.." hahah..malu la plak rupanya suara aku sampai ke pendengaran blok sebelah..perghhh..yg lgi malu bile kelas kak ,citi too ader 2 org ustaz..aduh...maaaaluuuu..rasa nak nyorok dlm bilik kaunseling jerr.. :l pastu ari nie gak aku menyelongkar almari dlm bilik cikgu siti Aminah di mana bilik itu akan menjadi bilik aku pula..tpi aku xhabis kemas lagi cos kena masuk kelas darjah 1 jadi hanya mengemas setakat termampu sahaja... seperti biasa balik jalan kaki dan cuaca ari nie sgt panas...rasa cam terbakar kulit muka aku..auww gelap la aku pasnie.. sampai umah apa lgi ngadap com nie...ekekek..malas giler nak buat buku RPH so layan internet dulu..malam nanti aku uruskan buku itu...hahahha.. plak bile dgr ari sabtu nie kena p sek.. :)) lagi panas aku jadinya..tpi aku dimaklumkan tdi bahawa sek aku akan bercuti selama 1 minggu pada thn bru cina nanti..maknanya aku akan naik sek semula pada 2hb Februari 2009.. tpi aku belum dengar dari mulut Gb sendiri so xleh nak diconfrmkan lgii.hope berita itu betul...leh ar aku bersukaria di umah..Kuantan...tunggu kepulanganku....


Oh yerr..tentu korang nak tgk sek aku kan..so utk pertama kali nie aku tunjuk signbroad name sek dulu yerk ..hehehhehe..jeng..jengg..jenggg...

P/s = gambar gagal didownload...sabar yerk..nanti diriku cuba lgi di lain masa.. :)

** 01 / 01 / 2009**

sambungan...

pagi 1.1.09 aku bangun awal pagi n bersiap2 untuk melapor diri sebagai Guru Sandaran Terlatih di Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama pada pukul 9 pagi. Sebelum pergi sempat la aku bersarapan nasi lemak yang disediakan oleh k.ini (isteri abg rahim) sampai di Sek aku terus berbaris dan tepi dewan utama sek tersebut dan pada ketika itu aku sudah kelihatan k.long akma dan norashikin di dalam dewan. Pada mulanya aku duduk disebelah K.long tapi bile k.ina call dan minta aku kuar untuk bertemunya so aku pun pergi mendapatkannya dan tanpa disangka mak dah pun berkenalan dengan GB sekolah aku Pn.Normah... so masalah aku tidak mempunyai penempatan tlh diketahui dan akan diusahakan oleh pihak sekolah...lega sedikit hatiku.. so kami masuk semula untuk mendengar taklimat

Itu adalah antara Pegawai PPD johor bharu..so selepas Tuan PPD berucap maka tibe la masanya majlis penyerahan guru baru kepada Gb sekolah masing2 n pada ketika itu SK Kampung Pasir menerima 4 orang guru baru termasuk aku.. Rajkumar, Taufik, Hazlina dan aku..ekekke.. Taufik dan K.Lina dah berkahwin. Raj org Muor, Taufik org Kelate tapi bini dia student utm manakala k.Lina plak mmg org Jb. so nampaknya aku jer la yg solo n jauh.huhuh.. Selesai diserahkan aku kembali bertemu mak dan abg2 aku untuk ke SK Kg Pasir lak.. masuk n dok kejap di dalam bilik GB aku diarah untuk ke rumah sewa yang telah dicari oleh guru2 sek too.. so aku terima seadanya oleh kerana terdesak..

Rumahnya Ok.. selesa tetapi kosong...oleh kerana aku telah diberi pelepasan oleh GB untuk tidak kembali ke sek semula pada hari itu jadi aku sempat la kuar p Angsana dan Giant Tampoi untuk membeli sedikit barang keperluan...dah settle semua dalam pukul 4 petang mak n abg2 aku perlu berangkat pulang semula ke rumah.. tahula ketika itu aku berusaha mengawal perasaan supaya tidak menangis untuk menghantar kepulangan mereka...bile aku masuk mula ke salam rumah yang kosong dan sepi..akhirnyaaaaaaaaa....mengalir jua air mata yang selama ini aku tahan......maka bermula kehidupan aku sendiri di bumi Johor Bharu....