BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 25, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri...


Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua.Walaupun hari raya pada tahun ini tidaklah semeriah hari raya ketika zaman aku muda-muda dulu tapi cukuplah sekadar aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan Syawal yang mulia ini. Hari raya tahun ini aku hanya berkunjung ke rumah saudara mara terdekat dan rumah azimah n aini sahaja..mengapa? cuti tak panjang ler..sedih juga kerana aku perlu pulang semula ke IPKB bagi meneruskan perjuang yang belum selesai.. Duit raya? aku belum mampu untuk hlur lagi..seperti tahun lepas, aku cuma tolong hulur sebagai wakil dari abah..InsyaAllah ada rezeki aku akan sediakan untuk tahun hadapan..Amin....heheheh.

Friday, October 24, 2008

Wellcome.....


Assalamualaikum... Huh.. Setelah sekian lamenya aku menjadi pembaca blog yang setia, akhirnya aku mengambil keputusan untuk mencipta blog peribadiku sendiri.. ape pun tq pada k.wani cos always ajak aku buat blog nie..ekekkeke... walaupun aku bukanya terlalu banyak masa untuk menulis tapi insyaAllah aku akan mencari ruang dan peluang untuk berkongsi cerita suka dan duka yang berlaku di sepanjang perjalanan hidupku ini...bukan untuk riak, berbangga diri atau menagih simpati tapi sekadar mencari sahabat-sahabat yang mungkin dpt membantuku, memberi nasihat dan teguran atau mungkin menjadi tunjuk arah kepada aku ke jalan-jalan yang diredha ALLAH... Untuk yang pertama kali ini aku masih tidak tahu di mana? bagaimana? dan apa? yang ingin aku kongsikan..Jujur dri lubuk hatiku ingin berkongsi rasa kesedihan yang sedang berat aku tanggung ini... Jika selama ini aku mampu bertahan tetapi makin saat berlalu semakin aku menjadi kaku dan layu..mencari dahan untuk berteduh mencari teman yang sudi meminjamkan bahu untuk aku menangis dan mencari sahabat untuk menasihatiku...walau bagaimanapun aku merasakan terlalu awal untuk aku memulakan.. salam blogger pada semua sahabat....Diharap kehadiran aku dapat diterima....