BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 29, 2009

Cik Puteh

Assalamualaikum.w.b.t

Time kasih kerana masih sudi menjengah ke teratak buruk ini... Perghh, memang sudah terasa amat lama saya mengabaikan page kesayangan saya nie rupanya...Sehingga telah ditegur oleh Cikgu Wanie dan Cik Tikah...Maaf yer sahabat, bukan tiada episod hidup saya tetapi kekadang bile nak berkongsi rasa di sini mood pun pergi bersiar2. Adakalanya mood datang bertandang, masa pula cemburu buta..hehe..sehinggalah mlm rabu nie saya kembali menekan huruf2 yg setia pd laptop buah hati/jantung/paru/pedal/hempedu saya nie...
Dimana yerk ingin bermula? ermmm... pasal cik puteh.. Kenal ke cik Puteh? x? betul nie xkenal? Baiklah, saya nak bgtau la nie.. Cik puteh adalah nama bru bagi Cinta Baru Saya...taaaraaaa...

Dari depan...
Dari Belakang plak..hehe
So sekarang dah kenal sape Cik Puteh saya? Kenal xper? Comey x? Saya dah agak mesti nak cakap comey mcm tuannya... Yg penting Cik Puteh nie dara lagi k... Suci, Murni lagi... So pLzz. En. Kancil Merah jgn menggatal.. Haahaha.. Perjalanan jauh yang pertama Cik Puteh kat Parit Raja, Batu Pahat..Hebat tau Cik Puteh niee... 140 pun belum gegor memang xsedor la..Jangan surat cinta abe polis sampai dah la yerk... so masa betul2 sampai kat parit raja too Cik Puteh dah pun berjalan sejauh...


Amacam? Hebatkan Cik Puteh.... Kuat betul jalan... Kalu Jalan too bukan reti nak balik2. Sbb too la En kancil Merah marah sgt...Bukan Marah benci tau.. Marah Sayang..hahha... So ader sape2 nak Race dgn Cik Puteh? heheh sila la buat temujanji dulu..hahhaha.....








Wednesday, April 29, 2009

Tragedi 29hb April 2009 (jam 10.20 pg)

Assalamualaikum.. w.b.t
Hukkhukkk..dah berhabuk rupanya page saya nie. Rupanya sudah lebih sebulan saya tidak meluahkan rasa yang terpendam. Bukan bermakna saya lupakan page ini tapi saya kehilangan kata untuk dikongsi dengan semua.
Tengok sampai nak mulakan pun dah x tau macam mana nie..heeheh.. ok..ok...saya mulakan dengan aper yang berlaku hari nie k? Klu xok pun korang semua kena la buat2 macam ok jer sebab saya yang nak berceritakan...JANGAN MARAH...hahahha..

Hari nie seperti yang telah termartup dalam kalender alam fana ini adalah 29hb April 2009 bersamaan 4 Jamadilawal 1430. Perghh.. nak tau tak aper jadi dalam hidup saya sebagai seorang guru? hehhe... cuba teka.... Teka la.... haaa... naik gaji..oooo tidak..tidak... kena marah dengan Guru Besor?..ooo tidak..tidakkk sesungguhnya saya guru yang rajin xmungkin kena marah2 nie...gagagagaa... ok la, sebelum korang semakin salah sangka kan.. izinkan hamba mengungkai segalanya..huhuhuhu... HAMBA? (terasa kembali ke alam bangsawan dolu-dolu jer)

Hari ini adalah hari dalam sejarah di mana saya telah memberi tamparan wanita + tamparan sulung kepada 2 orang murid yang telah 4 bulan saya biarkan mereka bermaharajalela..... Tengok too semua dah pandang sinis kat saya la too.. Harap korang sudi mendengar dulu apa yang saya nak sampaikan ini..plz.... MEngapa saya menampar kedua murid ini? Kawan-kawanku sekalian.. untuk pengetahuan korang 2 murid nie seorang pempuan dan seorang lagi lelaki. Sebenarnya kedua2 murid nie dari kelas yang sama iaitu dari tahun 5 TABAH bersamaa kelas terakhir di sekolah saya.( itu bukan isu utama k) Selama 4 bulan yang lalu tiap kali mereka tidak bawa buku saya diamkan sahaja... tiap kali mereka tidap siapkan kerja saya.. tetap saya diamkan saja malah memberi peluang dan ruang kepada mereka sehingga minggu lepas sikap kurang ajar mereka melayangkan kesabaran saya sebagai guru kaunseling...

Apa mereka buat? mereka berjalan dibelakang saya ketika saya sedang mengajar murid lain yang kusyuk mendengar cerita kisah sebuah keluarga (tajuk pengajaran saya tema 2 : Sayangi keluarga) waktu mereka berjalan2 saya sudah menegur. kemudian ketika saya meminta murid2 membuat latihan yang telah siap2 saya bincangkan jawapan secara bersama mereka mula membuat onar dengan saya. Yang lelaki tidak bawak buku teteapi yang perempuan telah memberi jawapan yang sangat merapu dan tiada kaitan menyebabkan saya hilang sabar... ini cerita minggu lepas tau...

kesannya adlah hari ini ketika saya mengembalikan buku masing.. yang lelaki saya minta dia buat dalam kertas dan hantar..kat kertas yang dihantar:
1) nama yang ditulis YUS ( nama glamor dia, xde nama penuh)
2) dia hanya salin soalan
3) ada contengan berbentuk love
4) kertas yang dihantar telah koyak 2
Bila saya panggil nama dia tadi leh berkelakuan yang jika dipandang dari kiri, kanan, depan dan belakang menunjukkan kekurang ajarannya terhadap seorang guru. Bila di soal jawapan yang diberikan turut menyakitkan hati sehingga kelas itu bergema .. PPPAAANNNNGGGGG..... " tiada lagi istilah cikgu dan guru bagi kata nama diri pertama yang keluar dari mulut saya tapi "AKU"

Bila tiba nama murid perempuan nie dipanggil..... jeng..jeng..jeng..... Dia dengan muka tak bersalahnya berdiri dihadapan saya. apabila saya meminta dia membaca semula jawapan yang dia tulis..dia diam seribu bahasa maka sekali lagi... PPPAANNNNGGGGG!!!!... bila saya bagi peluang kepada semua murid membuat pembetulan kepada jawapan yang salah nak tau aper yang kedua murid nie buat? Yang lelaki boleh main tepuk daun terup di belakang kelas dan yang perempuan bersenang lenang bergaya depan cermin mini yang dibawa... Adakah dengan perlakuan itu membuatkan saya senang hati? Tidak sebagai seorang guru saya ingin anak murid saya pandai dan bukan terus hanyut dengan kesenangan sementara di zaman kanak2 sedangkan masa depannya masih kabur tanpa arah...daun terup dirampas dan cermin mini saya jadikan bahan pengajaran kepada murid2 yang lain.

Datang seorang murid perempuan memberitahu saya sesuatu.. "CIkgu, L..... kata dia tak suka cikgu dan dia malas nak buat kerja cikgu." dan saya dengan lantang bersuara " Kalu rasa nak datang kelas melawa jer, xboleh kena marah, xboleh kena tegur dan malas buat kerja. Sila bagitau mak bapak awak yang awak nak pindah sekolah lain yang mana sekolah itu tiada guru yang marah kalu awak xbuat kerjanya atau kalu mak bapak awak kaya raya sangat sila buat sekolah sendiri dan cari cikgu yang awak suka untuk mengajar awak."

Dalam hati saya, sedih sangat2..tapi inilah cabaran saya sebagai guru di sekolah ini.. berhadapan dengan murid2 yang degil dan saya menanti hari esok jika ibu bapa kedua murid ini datang membuat amukan niyang rapik ... kite tunggu k...

Monday, February 23, 2009

Pesta Layang-Layang ANtarabangsa

assaLamualaikum..

Petang minggu nie, saya pergi ke Kg Kempas untuk menghantar sahabat saya K.ina balik ke rumahnya selepas bermalam dirumah saya.. Seperti biasa my bucuk akan menawarkan diri untuk menghantarnya..sepanjang perjalanan, hujan turun dengan lebatnya setelah beberapa hari tidak hujan di jb nie.. so lepas hantar k.ina my bucuk telah memandu laju kereta kancil kecyangannya ke pasir gudang.. Pelik juga saya pada awalnya tapi apabila ditanya katanya nak bawa saya berjalan2 di pesta layang-layang antarabangsa yang berakhir pada hari ini...Maka saya pun terus menghantar msg pada Rozita untuk memaklumkan kehadiran saya di daerah pasir gudang..ekek.. so sila la tengok aper yang sempat saya snap..



ehehhe..so saya sempat berjumpa dengan Rozita dan kami berjalan2 dan minum di gerai2 yang terdapat di muzium layang-layang pasir gudang.. Sempat juga my bucuk berjumpa dengan kawannya.. sewatu perjalanan pulang, saya terserempak dengan Zulaika( (teman seuniversiti) tapi tidak sempat ambil gambar bersamanya kerana bergegas nak pulang sebab belum solat asar..ekeekk..aper pun tq 4 my bucuk kerana sudi bawak sy p jalan2 dihuj minggu nie...

so sila siapkan diri untuk mula bekerja semua esok..waaawaaaa....



Sunday, February 22, 2009

* Hooreyyy *

Assalamualaikum semua...
Seperti yang belum dimaklumkan sebelum nie, sek saya telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35 apa ari semalam (sabtu = 21hbFebruari 2009) so sudah pasti banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum berlangsungnya hari tersebut.. bertambah2 kerja apabila yang akan merasmikan majlis nie adalah Ahli Perlimen Pulai iaitu Datuk Nur Jazlan b Tan Sri Mohamed maka sambutan yang dilakukan perlu meriah ler... So silalah layann gambor di bawah....



Ok, ini adalah antara yang berlaku di awal pagi iaitu, saya telah berjaya menyiapkan backdrop yang simple tpi menarik itu (yg plh byk keje kak azuaa..ekeke..saya cuma pembantu jer) klu nak kenal Gb saya yang pakai tudung purple too..ekekek.. manakala tiga jelitawan itu merupakan ajk pendaftaran..Awal2 lgi dah sedia menunggu too..ekekek..tahniah yer akak2..


Ok, yang atas too sudah tentu buku program bagi Mesyuarat PIBG nie...dan sedikit suasana yang boleh dilihat sepanjang program ini berlangsung iaitu dari 8.00 pagi hingga 1tgh..hhuhu..sangat lame dan memenatkan.. Selain dari alunan kompang dan diiringi oleh si cilik bunga mangga, ibu bapa dan para tetamu dihiburkan dengan persembahan peragaan dan tarian dari murid tahun 3..menghiburkan... Oh ya, gambar yang ader dua orang too ader la juru acara pada hari ini, k.ina dan k.ida..ekekek setia menanti sehingga akhir acara..

Mesti tertanya-tanya kan macam ner plak ader frame ayat suci Al-Quran too kan..sebenarnya itu adalah hadiah yang saya perolehi dalam cabutan no bertuah...ekek...no pada buku program yang saya dapat adalah 010..Alhamdulillah saya dapat hadiah dari 10 hadiah yang termahal..ekekk....Terima kasih la pada yang telah mensponser hadiah itu..

Ada satu perkara lagi yang berlaku hari ini iaitu saya telah dilantik sebagai AJK PIBG bagi wakil guru..Aduh..walaupun AJK tapi saya dapat rasa beban yang terpaksa ditanggung pada hari2 mendatang untuk menjayakan PIBG nie..apa pun saya akan cuba berkhidmat semampu dan seikhlas hati saya.. Terima kasih ler pada yang mencalonkan nama saya yerk..ekeke...hope saya dapat belajar sesuatu pada tahun pertama berkhidmat sebagai pendidik ini...

Sunday, February 15, 2009

Canon Pixma MP145

assalamualaikum..
Petang nie seperti yang dijanji saya telah telah diambil oleh my bucukk kul 3 lebih untuk ke Angsana.. ader misi yang perlu saya lakukan..tak lain xbukan adalah membeli printer baru.. oleh kerana printer lama saya telah selamat kembali ke tempat pembuangan sampah akibat tidak dapat diperbaiki dan digunakan lagi maka saya terpaksa memejamkam mata mengeluarkan baki duit belanja saya dari Maybank untuk membeli printer baru nie...

canon pixma mp145
Ini la harta terbaru saya.. Oleh kerana saya amat memerlukannya untuk menyiapkan segala tugas saya yang tertangguh terpaksa la saya mengikat perut dan menjadi seorang yang kedekut pada diri saya sendiri sehingga gaji pertama yang bakal saya terima.. So ada 10 hari lagi yang perlu saya hadapi dengan hanya baki duit tidak sampai rm25... Harapan saya agar gaji pertama saya benar2 diterima pada 25 hari bulan ini..Jika tidak saya terpaksa la menebalkan muka meminta diri di taja oleh abah lagi..ekekke..

My bucukk ada menawarkan duitnya untuk saya gunakan buat belanja makan tetapi saya berkeras untuk menolaknya.. Walaupun jika dikira saya betul2 terdesak tapi jauh disudut hati saya bahawa telah terlalu banyak yang telah my bucukk abiskan untuk saya jadi dengan cekal hati saya nekad tidak mahu menerima pertolongannya buat kali ini.. sowi yer bucuk... Ya Allah, tabahkan dan kuatkan semangat hambamu untuk meneruskan hidup ini... AMinnnn....

Saturday, February 14, 2009

# Hadiah Hari Kekasih #



asslamualaikum..
Hari nie saya kena pergi sekolah seperti biasa untuk menggantikan cuti Tahun Baru Cina yang lalu...Agak keberatan dan terseksa jiwa dan raga saya untuk ke sekolah hari ini.. Maklumlah, saya perlu berhadapan dengan murid yang sangat nakal dan 1001 ragam hari ini.. Sampai agak lewat dari biasa.. selalunya 6.55 saya sudah sampai ke sekolah tapi hari ini punch card menunjukkan 7.04 pgi..awal2 pagi tiada apa yang boleh dilakukan selain melakukan aktiviti rutin dan cam biasa sebagai guru bimbingan maka akan ader la kelas yang perlu digantikan..

Awal2 lagi saya dimaklumkan oleh guru disiplin bahawa murid yang nyaris menjadi mangsa penampor sulung saya semalam tidak hadir ke sekolah..Maka saya sangat gembira kerana tidak perlu berhadapan dengannya..so perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran hari ini berjalan lancar..

Seperti yang semua sedia maklum hari nie kan 14 februari 2009.. Hari yang dianggap istimewa oleh mereka yang menyambut hari kekasih.. tapi saya tidak la menyambutnya sebab dah banyak peringatan-peringatan yang telah disampaikan kepada saya sebelum ini tentang hukum dan dalil2 berkenanan hari kekasih nie tetapi masa dalam perjalanan nak p makan malam my bucuk too capai satu bungkusan dari seat belakang kete dan beri pada saya...dari saiz kotak saya dah tahu isi dalamnya...hahaaha...


Nokia 5310 (epress Music)

Sebenarnya saya telah meminta dia membeli hp nie sebelum ini sebab saya telah memberi hp sony kesayangan saya pada my mom so kebetulan dia berbesar hati nak belikan untuk saya tapi saya tak sangka plak yang bucuk saya akan berikan pada malam ini cos sebelum ini dia maklumkan akan belikan setelah gajinya masuk..apa pun tq so much 4 my bucukkk.. Mesti xkenal lagi kan my bucuk nie sape..heheh saya simpan dulu yerk... nanti saya akan bgtau semua sape my bucuk saya niee..bgtau awal2 nanti x suprise la kan..hahah..



Friday, February 13, 2009

BerdosakKah sAyA??

Assalamualaikum...
Ermm..Setelah lebih dari seminggu saya mendiamkan diri, hari ini terdetik hati saya ingin meluahkan rasa yang terpendam.Macam mana nak mula yerk ?



Hari nie saya telah berkasar dengan seorang anak murid saya.Bukan niat saya tapi saya hilang sabar bila segala kata-kata saya tidak diendahkan. Saya tak mintak dia sujud pada saya tapi hormat la saya sebagai gurunya.Hari nie saya cuma mengajar 1 kelas jer tpi masa terakhir. Awal2 lagi saya dah ingatkan supaya murid2 membawa kad manila cos saya akan mengajar mereka membuat "Beg Kertas".

Masuk jer kelas, saya dah panas cos leh diaorg xpedulikan kehadiran saya. Dengan bising yang mengalahkan pasar borong dan keadaan kelas yang macam tongkang pecah.. saya pun menjerit2 kat depan mintak mereka duduk dan diam tapi suara saya gagal mengatasi gabungan mantap suara mereka semua dan saya dibuat seperti radio buruk jer..hanya beberapa orang murid yang duduk dan memerhatikan saya..Yang lain masih leka dengan keseronakan kanak-kanak siap berlari2 lgi.. bayangkan masa saya 10 minit hanya dihabiskan untuk memastikan mereka diam. Selepas 10 minit tercegat dihadapan kelas baru salam diberi dan doa dibaca..Sedih betul hati saya...

Dah habis doa dibaca kelas kembali seperti tadi dan saya tidak mampu mengawalnya... terjerit2 saya meminta diberi perhati tapi apa daya saya suara dah la slow, sama besar jer dengan anak murid memang mudah la dipermainkan.. akhirnya saya cuma mengajar murid2 yang memberi perhatian pada saya.. suasana kelas jangan ditanya pasti orang menyangka bahawa tiada guru dalam kelas ini.. Dengan hati yang sudah panas seorang murid yang sudah terkenal dikalangan rakan2 guru bahawa murid ini sgt nakal dan tidak boleh dibentuk menambah bara api yang sedia panas dalam hati saya, dengan tidak membawa kad manila yang diarahkan dialah master mind yang menghuru-harakan kelas.

Kali pertama saya cuma menegurnya agar kembali ke tempatnya dan sila bantu kawan2 tapi bantuan yang diharapkan tapi gurauan dan usikan melampau yang dilakukan.. saya tegur lagi kali kedua tapi hanya seketika. Sedang saya teruskan pengajaran boleh pulak dia dengan bangga ke papan hitam dan membuat lukisan dan tulisan sedangkan saya berada dalam kelas...saya melarang lagi tapi dengan nada yang tinggi.. Malangnya masih seketika sahaja..dia bukan kembali ke tempat duduknya tetapi menarik tudung murid perempuan dan mengetuk kepala murid2 lelaki yang lain menyebabkan mereka menjerit2.. Saya dengan tidak mampu mengawal perasaan menengkingnya dan menghalaunya keluar tetapi dia dengan muka xbersalah tidak mengikut arahanku sedangkan aku memang dah cukup marah..Murid2 lain turut menyebelahi aku dan memintanya keluar tetapi tidak diendahkan...Saya bersabar lagi dan sehingga saat saya membantu murid menyiapkan lukisan dia datang dengan menggunakan kad manila kawan yang diambil telah memukul kawannya yang berada di sebelah saya dan kad manila itu hanya beberapa inci sahaja di muka saya...

Kali ini saya memang sudah hilang kawalan, kesabaran dan keimanan saya diuji dan berada di tahap yang sukar dikawal dan akhirnya saya menjerut kolar bajunya dan bertanya dengan nada yang sangat2 tinggi sehingga mampu membisukan kelas. Memintanya memilih antara pelempang sulung saya atau penerajang sulung saya. Tapi dengan ego dan muka tidak bersalah dia tidak mengendahkan soalan saya dan tidak memandang ke arah saya.. Tangan kanan saya sudah mengeletar dan sudah berhanyun tetapi rasional pemikiran tiba2 datang menjengah menyejukkan hati dan saya beristifar...TQ ALLAH... Saya lepaskan kolar baju murid itu dan berkata dengan tegas.."selepas hari ini, jangan masuk kelas saya lagi ! saya hanya ingin mengajar pada murid yang niat ke sekolah untuk belajar sahaja!"

Abis masa saya keluar dengan perasan yang sangat kecewa...... Berdosakah saya melakukannya sebegitu..??