BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 14, 2009

# Hadiah Hari Kekasih #



asslamualaikum..
Hari nie saya kena pergi sekolah seperti biasa untuk menggantikan cuti Tahun Baru Cina yang lalu...Agak keberatan dan terseksa jiwa dan raga saya untuk ke sekolah hari ini.. Maklumlah, saya perlu berhadapan dengan murid yang sangat nakal dan 1001 ragam hari ini.. Sampai agak lewat dari biasa.. selalunya 6.55 saya sudah sampai ke sekolah tapi hari ini punch card menunjukkan 7.04 pgi..awal2 pagi tiada apa yang boleh dilakukan selain melakukan aktiviti rutin dan cam biasa sebagai guru bimbingan maka akan ader la kelas yang perlu digantikan..

Awal2 lagi saya dimaklumkan oleh guru disiplin bahawa murid yang nyaris menjadi mangsa penampor sulung saya semalam tidak hadir ke sekolah..Maka saya sangat gembira kerana tidak perlu berhadapan dengannya..so perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran hari ini berjalan lancar..

Seperti yang semua sedia maklum hari nie kan 14 februari 2009.. Hari yang dianggap istimewa oleh mereka yang menyambut hari kekasih.. tapi saya tidak la menyambutnya sebab dah banyak peringatan-peringatan yang telah disampaikan kepada saya sebelum ini tentang hukum dan dalil2 berkenanan hari kekasih nie tetapi masa dalam perjalanan nak p makan malam my bucuk too capai satu bungkusan dari seat belakang kete dan beri pada saya...dari saiz kotak saya dah tahu isi dalamnya...hahaaha...


Nokia 5310 (epress Music)

Sebenarnya saya telah meminta dia membeli hp nie sebelum ini sebab saya telah memberi hp sony kesayangan saya pada my mom so kebetulan dia berbesar hati nak belikan untuk saya tapi saya tak sangka plak yang bucuk saya akan berikan pada malam ini cos sebelum ini dia maklumkan akan belikan setelah gajinya masuk..apa pun tq so much 4 my bucukkk.. Mesti xkenal lagi kan my bucuk nie sape..heheh saya simpan dulu yerk... nanti saya akan bgtau semua sape my bucuk saya niee..bgtau awal2 nanti x suprise la kan..hahah..



Friday, February 13, 2009

BerdosakKah sAyA??

Assalamualaikum...
Ermm..Setelah lebih dari seminggu saya mendiamkan diri, hari ini terdetik hati saya ingin meluahkan rasa yang terpendam.Macam mana nak mula yerk ?



Hari nie saya telah berkasar dengan seorang anak murid saya.Bukan niat saya tapi saya hilang sabar bila segala kata-kata saya tidak diendahkan. Saya tak mintak dia sujud pada saya tapi hormat la saya sebagai gurunya.Hari nie saya cuma mengajar 1 kelas jer tpi masa terakhir. Awal2 lagi saya dah ingatkan supaya murid2 membawa kad manila cos saya akan mengajar mereka membuat "Beg Kertas".

Masuk jer kelas, saya dah panas cos leh diaorg xpedulikan kehadiran saya. Dengan bising yang mengalahkan pasar borong dan keadaan kelas yang macam tongkang pecah.. saya pun menjerit2 kat depan mintak mereka duduk dan diam tapi suara saya gagal mengatasi gabungan mantap suara mereka semua dan saya dibuat seperti radio buruk jer..hanya beberapa orang murid yang duduk dan memerhatikan saya..Yang lain masih leka dengan keseronakan kanak-kanak siap berlari2 lgi.. bayangkan masa saya 10 minit hanya dihabiskan untuk memastikan mereka diam. Selepas 10 minit tercegat dihadapan kelas baru salam diberi dan doa dibaca..Sedih betul hati saya...

Dah habis doa dibaca kelas kembali seperti tadi dan saya tidak mampu mengawalnya... terjerit2 saya meminta diberi perhati tapi apa daya saya suara dah la slow, sama besar jer dengan anak murid memang mudah la dipermainkan.. akhirnya saya cuma mengajar murid2 yang memberi perhatian pada saya.. suasana kelas jangan ditanya pasti orang menyangka bahawa tiada guru dalam kelas ini.. Dengan hati yang sudah panas seorang murid yang sudah terkenal dikalangan rakan2 guru bahawa murid ini sgt nakal dan tidak boleh dibentuk menambah bara api yang sedia panas dalam hati saya, dengan tidak membawa kad manila yang diarahkan dialah master mind yang menghuru-harakan kelas.

Kali pertama saya cuma menegurnya agar kembali ke tempatnya dan sila bantu kawan2 tapi bantuan yang diharapkan tapi gurauan dan usikan melampau yang dilakukan.. saya tegur lagi kali kedua tapi hanya seketika. Sedang saya teruskan pengajaran boleh pulak dia dengan bangga ke papan hitam dan membuat lukisan dan tulisan sedangkan saya berada dalam kelas...saya melarang lagi tapi dengan nada yang tinggi.. Malangnya masih seketika sahaja..dia bukan kembali ke tempat duduknya tetapi menarik tudung murid perempuan dan mengetuk kepala murid2 lelaki yang lain menyebabkan mereka menjerit2.. Saya dengan tidak mampu mengawal perasaan menengkingnya dan menghalaunya keluar tetapi dia dengan muka xbersalah tidak mengikut arahanku sedangkan aku memang dah cukup marah..Murid2 lain turut menyebelahi aku dan memintanya keluar tetapi tidak diendahkan...Saya bersabar lagi dan sehingga saat saya membantu murid menyiapkan lukisan dia datang dengan menggunakan kad manila kawan yang diambil telah memukul kawannya yang berada di sebelah saya dan kad manila itu hanya beberapa inci sahaja di muka saya...

Kali ini saya memang sudah hilang kawalan, kesabaran dan keimanan saya diuji dan berada di tahap yang sukar dikawal dan akhirnya saya menjerut kolar bajunya dan bertanya dengan nada yang sangat2 tinggi sehingga mampu membisukan kelas. Memintanya memilih antara pelempang sulung saya atau penerajang sulung saya. Tapi dengan ego dan muka tidak bersalah dia tidak mengendahkan soalan saya dan tidak memandang ke arah saya.. Tangan kanan saya sudah mengeletar dan sudah berhanyun tetapi rasional pemikiran tiba2 datang menjengah menyejukkan hati dan saya beristifar...TQ ALLAH... Saya lepaskan kolar baju murid itu dan berkata dengan tegas.."selepas hari ini, jangan masuk kelas saya lagi ! saya hanya ingin mengajar pada murid yang niat ke sekolah untuk belajar sahaja!"

Abis masa saya keluar dengan perasan yang sangat kecewa...... Berdosakah saya melakukannya sebegitu..??

Wednesday, February 4, 2009

RInDUuuuuUUUUuuu...

Bile rindu datang menjengah, emosi mula tak tentu hala...ekekek..tertibe dalam diri saya keseorangan di rumah sewa yang sedia sepi ini maka tetibe diziarahi dengan rindu pada anak saudara saya yang sangat nakal + manja + mengada2 = kesayangan semua... aper la agaknye dia tengah buat sekarang.. sudah pasti merenget2 minta perhatian dunia sbb semua org sibuk layan Haiqal jer.. Ini la antara wajah2 nakalnya....

Mak syuuu rindu chaachaaa....


Tuesday, February 3, 2009

Abangku Tunangan Orang..

Salam..
Lupa plak nak info kat sini bahawasanye abg saya
NOOR AZLAN BIN AMAT PALA @ MUHAMMAD

dengan NOR BAIZURA BT MUDIN
(sowi picnya xsempat dicopy ler)

Mereka selamat dirisik dan ditunangkan pada 26hb January 2009 di kediaman pihak pempuan di Felda Jengka 6... Dengan pihak kami menghantar 5 dulang dan dibalas 7 oleh pihak pempuan. Mengikut perbincangan ikatan pertunangan dalam tempoh 1 tahun.. Aper pun

p/s= Harungi tempoh pertunangan ini dengan sabar cos org kate saat nie la cabaran dan dugaan datang bertimpa2..betul ke? mana saya tau..belum penah lalui lgi..eheheh




# tIaDa tAjUk #

aSsaLamuaLaikuM..w.b.t
Pergh..rasanya sudah agak lelama saya tidak mengupdate blog ini kerana ketandusan idea + kemalasan dan mood yang menghilang terhadap blog ini secara tibe2.. salah siapa? tiada siapa yang bersalah k. entah ler.. nape yerk 03/02/2009 tetibe la plak datang keinginan untuk entry tapi tak bertajuk lak too.. hahahah aper kes wahai Cikgu Azura oooo....

Tidak Bertajuk tidak bermakna tiada isi kan? pergh..pandai la menjawab yerr.. sebenarnya tak bertajuk sebab tak tahu nak membebel aper kat sini sebab bru jer balik dri school kan dan arie nie saya dah membebel berbakul2 dalam kelas 4 cekal tadi. Paham-paham je la setelah naik cuti nie bertambah-tambah lemak dalam badan anak murid saya.. ader yang sampai JIN PAKAI TONCENG.. setelah seminggu merehatkan diri dari menjadi Tarzan akhirnya.. hari ini saya kembali kepada kerja baru menjerit2 dalam kelas minta simpati anak murid agar memberi perhatian.. itu pun kejap jer la.. tapi ape pun time kasih pada yang masih menghargai kewujudakan saya dalam kelas itu...

Dalam cuba menjujur dan mengikhlaskan diri, sempat jugak saya menerima kehadiran beberapa murid yang dirujuk atas beberapa kesalahan.. pening jugak memikirkan masalah budak2 zaman sekarang tapi aper leh buat

"mereka perlu di ajar mengikut zamannya bukan zaman kita"

Setelah pelbagai teori dan psikology digunakan..akhirnya tertumpah jua air mata keinsafan.. diharap itu bukan lakonan terbaik darimu..ekekek...setelah berbakul2 motivasi + membebel + ceramah agama akhirnya lembut jua hati yang keras itu... "pastikan ia kekal sehingga tamat UPSR yerk"

Huhu..memandangkan badan dan otak saya sudah penat,nampaknya kena stop dulu..dengan tekak yang perit ini..izinkan saya merehatkan diri kerana esok saya kena berhadapan dengan 2 lagi kelas yang mana terdapat hero2 yang sukar dimengertikan....heheheh...

wassalam...

Thursday, January 8, 2009

>> hAri Ini..<<

erm..ari ini dah 8hb Januari 2009 dan jujur..aku belum mampu sesuaikan diri dengan tempat baru..seperti kate abe Jan (bagi masa untuk diri sendiri)..ermmm aku sedang berusaha untuk memberi masa kepada diriku menerima kejutan yang aku sedang alami dan aku percaya bukan hanya aku yang dalam keadaan ini pada saat ini.. pasti beribu lagi rakan-rakan yang seangkatan denganku turut sedang berusaha melawan perasaan dan menyesuaikan diri dengan tempat baru terutama sekali pada kawan2 yang kini berada di Sabah dan Sarawak..harap nasib korang lebih baik lagi.. Hari ini antara hari yang amat memenatkan aku kerana hari ini pertama kali aku menjerit dan memekik dalam kelas 1 Rajin dan 1 Usaha..terasa tahap kesabaran aku diluar kawalan..ekekek.. paling kelakar bile kak citi rokiah leh tegur aku.."warhh, hebat abis ilang keayuaan ari nie.." hahah..malu la plak rupanya suara aku sampai ke pendengaran blok sebelah..perghhh..yg lgi malu bile kelas kak ,citi too ader 2 org ustaz..aduh...maaaaluuuu..rasa nak nyorok dlm bilik kaunseling jerr.. :l pastu ari nie gak aku menyelongkar almari dlm bilik cikgu siti Aminah di mana bilik itu akan menjadi bilik aku pula..tpi aku xhabis kemas lagi cos kena masuk kelas darjah 1 jadi hanya mengemas setakat termampu sahaja... seperti biasa balik jalan kaki dan cuaca ari nie sgt panas...rasa cam terbakar kulit muka aku..auww gelap la aku pasnie.. sampai umah apa lgi ngadap com nie...ekekek..malas giler nak buat buku RPH so layan internet dulu..malam nanti aku uruskan buku itu...hahahha.. plak bile dgr ari sabtu nie kena p sek.. :)) lagi panas aku jadinya..tpi aku dimaklumkan tdi bahawa sek aku akan bercuti selama 1 minggu pada thn bru cina nanti..maknanya aku akan naik sek semula pada 2hb Februari 2009.. tpi aku belum dengar dari mulut Gb sendiri so xleh nak diconfrmkan lgii.hope berita itu betul...leh ar aku bersukaria di umah..Kuantan...tunggu kepulanganku....


Oh yerr..tentu korang nak tgk sek aku kan..so utk pertama kali nie aku tunjuk signbroad name sek dulu yerk ..hehehhehe..jeng..jengg..jenggg...

P/s = gambar gagal didownload...sabar yerk..nanti diriku cuba lgi di lain masa.. :)

** 01 / 01 / 2009**

sambungan...

pagi 1.1.09 aku bangun awal pagi n bersiap2 untuk melapor diri sebagai Guru Sandaran Terlatih di Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama pada pukul 9 pagi. Sebelum pergi sempat la aku bersarapan nasi lemak yang disediakan oleh k.ini (isteri abg rahim) sampai di Sek aku terus berbaris dan tepi dewan utama sek tersebut dan pada ketika itu aku sudah kelihatan k.long akma dan norashikin di dalam dewan. Pada mulanya aku duduk disebelah K.long tapi bile k.ina call dan minta aku kuar untuk bertemunya so aku pun pergi mendapatkannya dan tanpa disangka mak dah pun berkenalan dengan GB sekolah aku Pn.Normah... so masalah aku tidak mempunyai penempatan tlh diketahui dan akan diusahakan oleh pihak sekolah...lega sedikit hatiku.. so kami masuk semula untuk mendengar taklimat

Itu adalah antara Pegawai PPD johor bharu..so selepas Tuan PPD berucap maka tibe la masanya majlis penyerahan guru baru kepada Gb sekolah masing2 n pada ketika itu SK Kampung Pasir menerima 4 orang guru baru termasuk aku.. Rajkumar, Taufik, Hazlina dan aku..ekekke.. Taufik dan K.Lina dah berkahwin. Raj org Muor, Taufik org Kelate tapi bini dia student utm manakala k.Lina plak mmg org Jb. so nampaknya aku jer la yg solo n jauh.huhuh.. Selesai diserahkan aku kembali bertemu mak dan abg2 aku untuk ke SK Kg Pasir lak.. masuk n dok kejap di dalam bilik GB aku diarah untuk ke rumah sewa yang telah dicari oleh guru2 sek too.. so aku terima seadanya oleh kerana terdesak..

Rumahnya Ok.. selesa tetapi kosong...oleh kerana aku telah diberi pelepasan oleh GB untuk tidak kembali ke sek semula pada hari itu jadi aku sempat la kuar p Angsana dan Giant Tampoi untuk membeli sedikit barang keperluan...dah settle semua dalam pukul 4 petang mak n abg2 aku perlu berangkat pulang semula ke rumah.. tahula ketika itu aku berusaha mengawal perasaan supaya tidak menangis untuk menghantar kepulangan mereka...bile aku masuk mula ke salam rumah yang kosong dan sepi..akhirnyaaaaaaaaa....mengalir jua air mata yang selama ini aku tahan......maka bermula kehidupan aku sendiri di bumi Johor Bharu....